Home » , , , , , » HELIKOPTER PENYERANG RINGAN MD530G UNTUK PUTD

HELIKOPTER PENYERANG RINGAN MD530G UNTUK PUTD

Written By taoslayerz on Thursday, April 7, 2016 | 8:33 AM

MD 530G dengan sistem persenjataan MD Helicopters, Inc. (MDHI) telah mengumumkan bahawa ia berjaya dalam usahanya untuk membekalkan enam MD 530G helikopter penyerang ringan dan peninjau kepada Kementerian Pertahanan Malaysia. 


MDHI akan menyampaikan 2 buah helikopter tersebut kepada Malaysian Army Aviation, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), bermula pada suku keempat tahun 2016, dan melengkapkan sepenuhnya penghantaran tersebut pada penghujung suku pertama 2017 

Helikopter ini akan dikendalikan bersama oleh TUDM dan Tentera darat, dijangka akan ditempatkan di ESSCOM selepas di terima. 

Hishammuddin menaiki helikopter bersenjata jenis MD 530G ketika sesi demonstrasi sempena LIMA '15 di Langkawi

Ianya bertujuan untuk melaksanakan misi serangan, risikan, pengawasan dan tinjauan serta keselamatan dalam peranannya menyokong operasi tentera di sana. 

Dibina sebagai helikopter peninjau/penyerang yang tangkas dan berkebolehan, “Little Birds” mempunyai kelajuan maksimum 130 knot (240 kmsj) dengan jarak penerbangan 426 km. 

Ia mampu terbang selama dua setengah jam jika dilengkapi tangki tambahan (tangki tambahan mampu membawa 35 gelen bahan api yang membolehkan pesawat terbang dengan tempoh tambahan sejam).


Konfigurasi senjata 

MD 530G boleh tertatarajah (configured) untuk memuatkan avionik termaju, pengesan infra-merah hadapan, roket dan peluru berpandu terarah, mesingan dan peluru berpandu anti tank.

Enam helikopter ini turut dilengkapi pakej persenjataan tersuai (customized), kemampuan komunikasi termaju dan peralatan pengesan terkini untuk mengecam dan bertempur dengan pelbagai jenis ancaman. 

Ketua Pegawai Eksekutif MD Helicopters, Lynn Tilton berkata syarikatnya komited untuk membantu mengangkat kemampuan syarikat tempatan dari sudut perkhidmatan jangka panjang, sokongan dan keberkesanan operasi angkatan itu.

Kawasan ESSCOM meliputi pesisiran pantai sepanjang 1,400 km dari Kudat ke Tawau. Ia diwujudkan selepas pencerobohan Sulu dari selatan Filipina pada 2013.
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
KONGSIKAN ARTIKEL INI :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog XTAC MEDIA : Jom ke Page XTAC MEDIA | Enhanced MyBloggerTricks.com

0 comments:

Post a Comment

 
Support : | | | | best entertainment blogs| PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger|My Ping in TotalPing.com
Copyright © 2013. X-TAC DEFENCE MEDIA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger