Pesawat Pengangkut VIP TUDM CN235 Mendarat Cemas!!

Thursday, February 25, 2016

Pesawat Pengangkut TUDM CN235 Mendarat Cemas!! 
KUALA LUMPUR: Semua lapan kru pesawat pengangkut CN235 yang mendarat cemas berhampiran pantai Kuala Selangor pada jam 8,50 pagi tadi selamat, menurut kenyataan TUDM.
Menurut kenyataan itu, kru pesawat dari Pangkalan Udara Subang itu diselamatkan nelayan tempatan yang berada di kawasan berkenaan.



"TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. TUDM juga akan berusaha untuk membuat 'recovery' pesawat itu," menurut kenyataan itu.
Menteri Pertahanan DS Hisyammudin dalam kenyataannya di Laman Sosial telah mengarahkan Panglima tentera Udara untuk memantau sendiri proses siasatan mengenai kemalangan ini.
"Alhamdullilah kesemua anak kapal dan penumpang selamat"
  1. #info
  2. Pesawat CN2355 merupakan sebuah pesawat pengangkut VIP TUDM.
  3. Pesawat ini mula berkhidmat di TUDM awal tahun 90an

SRIKANDI PERANG DUNIA KE 2



Nancy Wake aka White Mouse 1912-2011 lahir di New Zealand belah ibunya keturunan Maori pejuang gerila Perancis pernah mengepalai ketumbukan tentera gerila Perancis Maquis berjumlah 7000 gerila menentang 23 ribu tentera Waffen SS di Perancis tahun 1943.Dalam pertempuran tersebut gerila Maquis iaitu sebuah tentera gerila bawah tanah menentang tentera Jerman dalam pendudukan tentera Jerman di Perancis,unit gerila beliau berjaya tewaskan Waffen SS berjumlah 23 ribu itu.Sebanyak 1400 tentera SS Nazi terkorban manakala belah anggota gerila Maquis pimpinan Nancy Wake hanya 100 yg terkorban.
Kekalahan memalukan itu menyebabkan polis rahsia Nazi Gestapo menawarkan reward 5 juta Franc untuk kepala Nancy Wake dan Nancy Wake pernah menyerang dan membunuh anggota Waffen tanpa sebarang senjata.Wanita berani itu pernah memimpin satu serangan ke pejabat Gestapo di Marseille.Beberapa Gerila Maquis France dah kemaruk wang reward tersebut menyedari beliau akan dikhianati oleh anggota gerilanya sendiri beliau lari ke Britain dan terus menjadi pengintip negara Britain.Tahun 1945 beliau kembali ke Perancis dan merekrut rakyat Perancis Belgium dan Britain untuk pendaratan di Normandy.
Suami Nancy Wake memyuruh beliau lari ke Britain akibat pengkhianatan teman seperjuangannya yg mahukan duit reward itu.Suami Nancy Wake telah disiksa oleh Gestapo memaksa suaminya memberitahu dimanakah Nancy Wake berada.Selepas perang tamat beliau tinggal terus di Britain sekali sekala pulang ke negara asalnya New Zealand.Beberapa pingat keberaniaan dari 4 negara Perancis,New Zealand,AS dan Australia diterima oleh beliau termasuk pingat tertinggi tentera Perancis Legion d Honneur.Nancy Wake meninggal dunia di London kerana sakit berpanjangan selain sakit tua dan dikebumikan tempat dimana beliau pernah bertempur bersama teman2 seperjuangan dahulu di Mouthlucon Perancis.Kat batu nisan beliau tertulis 'Wanita ini pernah membunuh tentera Waffen tanpa sebarang senjata hanya mengunakan kudrat seorang wanita sahaja'

66 TAHUN PERISTIWA BUKIT KEPONG. 23 FEB 1950.

Tuesday, February 23, 2016

66 TAHUN PERISTIWA BUKIT KEPONG.  23 FEB 1950. AL FATIHAH


Tepat pukul pukul 4.30 pagi (23 Februari), pengganas komunis telah meniup trompet buat kali pertama dan mereka telah melepaskan tembakan ke arah Balai Polis Bukit Kepong. Sebaik sahaja menyedari balai telah diserang, Sarjan Jamil dan semua anggota yang kesemuanya berjumlah 20 orang mengambil tempat masing-masing di kubu di kawasan balai untuk berbalas tembakan. Tembak menembak berlaku sehingga pukul 6.30 pagi. 180 orang komunis yang melakukan serangan ini dilengkapi dengan senjata-senjata automatik berbanding 20 orang kita cuma dilengkapi dua pucuk senjata automatik dan jika hendak dibandingkan kekuatan anggota, kekuatan komunis adalah tujuh kali ganda lebih daripada kekuatan polis. Sungguhpun begitu pihak komunis masih gagal memasuki balai walaupun telah melakukan serangan selama dua jam.
Kira-kira pukul 6.30 pagi, pihak komunis telah meniup trompet untuk kali kedua dan sejurus selepas itu tembakan dihentikan serta merta. Kemudian salah seorang anggota komunis yang bernama Mat Indera dengan menggunakan pembesar suara telah meminta polis menyerah diri sekiranya mahu selamat. Mat Indera berkata demikian sebanyak tiga hingga empat kali.
Sarjan Jamil menjawab yang pihak polis tidak sesekali menyerah diri. Dia berkata, biar putih tulang tetapi jangan putih mata. Ketika itu ramai di kalangan anggota telah meninggal dunia dan ada juga yang cedera parah. Sebaik sahaja Sarjan Jamil berkata demikian, pihak komunis meniup trompet buat kali ketiga dan selepas itu berlaku serangan bertali arus daripada kumpulan pengganas itu. Kali ini serangan bukan setakat di belakang balai malah ia meliputi sekeliling balai. Walaupun begitu komunis tetap gagal memasuki kawasan bala sehinggalah mereka melakukan serangan dengan molotov cocktail hingga menyebabkan balai terbakar. Ketika itu barulah Sarjan Jamil dan anggota-anggota yang lain lari ke kubu bersebelahan untuk menyerang balik komunis. Mereka tidak menyerah diri. Mereka terus melakukan serangan terhadap komunis. Namun begitu ada anggota yang terkorban semasa melarikan diri ke kubu lain akibat tembakan pihak komunis. Ketika itu juga komunis berjaya masuk ke kawasan balai dan membunuh saki baki anggota polis kita termasuk Sarjan Jamil. Berdasarkan rekod kita seramai 27 orang terkorban dalam peristiwa itu. 14 anggota polis, lima anggota polis bantuan, empat isteri polis dan empat anak-anak polis. Empat lagi anggota polis mengalami cedera parah.
Anggota Polis -
Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad
Polis Bantuan / Auxiliary Police
Ins. Kudarina Naknok
AP 2130 Samad bin Yatim
AP 1912 Mahmud bin Sa'at
AP 1925 Ali bin Akob
AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota -
Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis -
AP 2098 Redzuan bin Alias
Embong bin Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng
 
Support : | | | | best entertainment blogs| PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger|My Ping in TotalPing.com
Copyright © 2013. X-TAC DEFENCE MEDIA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger