Home » , » 66 TAHUN PERISTIWA BUKIT KEPONG. 23 FEB 1950.

66 TAHUN PERISTIWA BUKIT KEPONG. 23 FEB 1950.

Written By taoslayerz on Tuesday, February 23, 2016 | 8:43 AM

66 TAHUN PERISTIWA BUKIT KEPONG.  23 FEB 1950. AL FATIHAH


Tepat pukul pukul 4.30 pagi (23 Februari), pengganas komunis telah meniup trompet buat kali pertama dan mereka telah melepaskan tembakan ke arah Balai Polis Bukit Kepong. Sebaik sahaja menyedari balai telah diserang, Sarjan Jamil dan semua anggota yang kesemuanya berjumlah 20 orang mengambil tempat masing-masing di kubu di kawasan balai untuk berbalas tembakan. Tembak menembak berlaku sehingga pukul 6.30 pagi. 180 orang komunis yang melakukan serangan ini dilengkapi dengan senjata-senjata automatik berbanding 20 orang kita cuma dilengkapi dua pucuk senjata automatik dan jika hendak dibandingkan kekuatan anggota, kekuatan komunis adalah tujuh kali ganda lebih daripada kekuatan polis. Sungguhpun begitu pihak komunis masih gagal memasuki balai walaupun telah melakukan serangan selama dua jam.
Kira-kira pukul 6.30 pagi, pihak komunis telah meniup trompet untuk kali kedua dan sejurus selepas itu tembakan dihentikan serta merta. Kemudian salah seorang anggota komunis yang bernama Mat Indera dengan menggunakan pembesar suara telah meminta polis menyerah diri sekiranya mahu selamat. Mat Indera berkata demikian sebanyak tiga hingga empat kali.
Sarjan Jamil menjawab yang pihak polis tidak sesekali menyerah diri. Dia berkata, biar putih tulang tetapi jangan putih mata. Ketika itu ramai di kalangan anggota telah meninggal dunia dan ada juga yang cedera parah. Sebaik sahaja Sarjan Jamil berkata demikian, pihak komunis meniup trompet buat kali ketiga dan selepas itu berlaku serangan bertali arus daripada kumpulan pengganas itu. Kali ini serangan bukan setakat di belakang balai malah ia meliputi sekeliling balai. Walaupun begitu komunis tetap gagal memasuki kawasan bala sehinggalah mereka melakukan serangan dengan molotov cocktail hingga menyebabkan balai terbakar. Ketika itu barulah Sarjan Jamil dan anggota-anggota yang lain lari ke kubu bersebelahan untuk menyerang balik komunis. Mereka tidak menyerah diri. Mereka terus melakukan serangan terhadap komunis. Namun begitu ada anggota yang terkorban semasa melarikan diri ke kubu lain akibat tembakan pihak komunis. Ketika itu juga komunis berjaya masuk ke kawasan balai dan membunuh saki baki anggota polis kita termasuk Sarjan Jamil. Berdasarkan rekod kita seramai 27 orang terkorban dalam peristiwa itu. 14 anggota polis, lima anggota polis bantuan, empat isteri polis dan empat anak-anak polis. Empat lagi anggota polis mengalami cedera parah.
Anggota Polis -
Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad
Polis Bantuan / Auxiliary Police
Ins. Kudarina Naknok
AP 2130 Samad bin Yatim
AP 1912 Mahmud bin Sa'at
AP 1925 Ali bin Akob
AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota -
Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis -
AP 2098 Redzuan bin Alias
Embong bin Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
KONGSIKAN ARTIKEL INI :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog XTAC MEDIA : Jom ke Page XTAC MEDIA | Enhanced MyBloggerTricks.com

0 comments:

Post a Comment

 
Support : | | | | best entertainment blogs| PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger|My Ping in TotalPing.com
Copyright © 2013. X-TAC DEFENCE MEDIA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger